Tuesday, February 24, 2009

Aktiviti Terkini Bulan Mac 2009

Jadual bulan Mac 2009
1. "Sikit sama dijamah, banyak sama dirasa"
(Kampung Bogag, Bau)
Tarikh 1/3/2009 @ pagi Ahad

2. 'TOT' Kem Bingkas
Tarikh 9/3/09

3.Kem Bingkas
(SK Semerah Padi, Kuching)
Tarikh 13 sehingga 15/3/ 2009

Tuesday, February 17, 2009

Buletin Sukan

Liga Bola Sepak Yayasan Salam Malaysia

Kuching, 15 Februari 2009 merupakan tarikh bermulanya perlawanan pembukaan bagi liga ini. Tujuh buah pasukan telah pun berentap pada hari tersebut dan sambutan daripada penduduk kampung juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan sendiri perlawanan yang telah diadakan seperti Encik Ramli Jaini selaku Timbalan Pengerusi Saberkas KASBA dan juga bekas pemain bola sepak yang pernah menyarung jersi Kebangsaan sekitar awal tahun 90-an. Sebelum sepak mula dilakukan, taklimat ringkas dan sedikit ucapan juga diberikan kepada pemain bagi menyuntik semangat serta memberi kata-kata hikmat bagi mereka untuk bermain dengan lebih baik terutamanya dari segi disiplin mahupun skill individu pemain. Encik Sulhie bin Salleh selaku Ketua Pemuda PBB Ranting Semariang Batu juga hadir untuk memberi ucapan. Manakala Encik Saperi bin Antoni yang merangkap Timbalan Setiausaha Pemuda merupakan orang penting dalam menjayakan Liga Sukan ini.
.............................................................................
Keputusan Perlawanan
Salam Malaysia (0)....... VS ..... Salam Thailand ...(3),
Salam Vietnam (1) ....... VS ..... Salam Indonesia.. (1),
Salam Korea .. (2) ....... VS ..... Salam Japan ......(0),
Salam Iran .... (2) ........ VS .... Salam Malaysia ...(2),
Salam Thailand (2) ....... VS .... Salam Vietnam ... (3).

.............................................................................
Kedudukan Liga Bola Sepak Yayasan Salam Malaysia
Pasukan.................P...M...S...K...J...B...MT
Salam Vietnam ........2....1...1...0...4...3....4
Salam Thailand ........2....1...0...1...5...3....3
Salam Korea............1....1...0...0...2...0....3
Salam Malaysia........2....0....1...1...2...5....1
Salam Iran..............1....0....1...0...1...1....1
Salam Indonesia........1...0....1...0...1...1....1
Salam Japan............1...0....1...0...0...2....0
..............................................................................

*P=Perlawanan, M=Menang, S=Seri, K=Kalah, J= Jaringan, B=Bolos, MT=Mata

..............................................................................

Friday, February 13, 2009

Aktiviti Terkini bulan Februari 2009

KELAB PUSAT AKTIVITI YAYASAN SALAM MALAYSIA

JADUAL FEBRUARI 2009
1. LIGA BOLA SEPAK YAYASAN SALAM MALAYSIA
(PADANG BOLA SEPAK KASBA)
JAM 8.00 PAGI(HUJUNG MINGGU), PADA TARIKH 15/2/09 -8/3/09

2. HANTAR ‘GOODIE BAG’
(KPG. BOGAG, BAU)
TARIKH 15/2/09

3. SALAM-KEMAS ORIGAMI
(PUSAT SUMBER KEMAS, SAMARIANG BATU)
JAM 2.30 PETANG PADA TARIKH 20/2/09

4. MALAM PUISI/SAJAK (SALAM KEAMANAN PALESTIN DISEBALIK TEMBOK BESI, DI BAWAH LANGIT GAZA)
(PUSTAKA NEGERI SARAWAK)
TARIKH 27/2/09


JADUAL LAIN BULAN FEBRUARI
1. Latihan sajak di Pejabat Salam Kuching, Biro Wanita KPSU
(Isnin/rabu/jumaat jam 7.30 malam sehingga 25/2/09)

2. Persiapan Malam Puisi (rehearsel) di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak:-
- Ahad @ 22/2/09 jam 3 petang
- Selasa @ 24/2/09 jam 7.30 malam
- Rabu @ 25/2/09 jam 7.30 malam

3. Gotong-royong persiapan Liga Bola Sepak Yayasan Salam
di Padang bola sepak Kasba hari sabtu@14/2/09 jam 8.00 pagi

4. Bersama Tok Mat (perkongsian beliau 'Datuk Ahmad Talib' di Palestin). Dibuka kepada semua, bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Kuching pada sabtu@14/2/09 jam 10.00 pagi.

5. Perbincangan persiapan sajak di Pustaka Negeri Sarawak
hari sabtu@14/2/09 jam 2 petang.

Penubuhan Kelab Pusat Aktiviti Yayasan Salam Malaysia Sarawak

Salam Sejahtera.
Alhamdulillah saya ucapkan sebagai tanda kesyukuran dan tahniah kepada Yayasan Salam Malaysia kerana menghantar beberapa sukarelawan di bumi Palestin dan juga beberapa buah negara lain seperti Laos, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan lain-lain lagi termasuklah di negara kita sendiri untuk menjalankan kerja-kerja sukarela mereka.
Selain itu, saya panjatkan sekali lagi kesyukuran kepada sukarelawan-sukarelawan kerana selamat pulang ke tanah air khususnya yang pernah berkhidmat di luar negara.
Baru-baru ini, dengan tertubuhnya kelab Pusat Aktivi Yayasan Salam Malaysia pada tarikh 7 Februari 2009 di Kuching serba sedikit dapat membantu dan melicinkankan kerja-kerja sukarela di Sarawak. Ahli Jawatan Kuasanya terdiri daripada sukarelawan sepenuh masa dan juga separuh masa.
Walaubagaimanapun, tugas-tugas akan dikendalikan secara bersama dan tidak ada perubahan drastik yang dilakukan dan ia masih lagi di bawah naungan Yayasan Salam Malaysia.
Untuk keterangan yang lebih lanjut sila hubungi terus ke pejabat Yayasan Salam Malaysia di Biro Wanita KPSU atau boleh menghubungi ;
En. Hamzah Saufi(013-8202198)(sabarbyk2@yahoo.com)
CIk Aishah Mohamad dan Cik Zakiah Ahmat(082-445116)