Friday, February 13, 2009

Penubuhan Kelab Pusat Aktiviti Yayasan Salam Malaysia Sarawak

Salam Sejahtera.
Alhamdulillah saya ucapkan sebagai tanda kesyukuran dan tahniah kepada Yayasan Salam Malaysia kerana menghantar beberapa sukarelawan di bumi Palestin dan juga beberapa buah negara lain seperti Laos, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan lain-lain lagi termasuklah di negara kita sendiri untuk menjalankan kerja-kerja sukarela mereka.
Selain itu, saya panjatkan sekali lagi kesyukuran kepada sukarelawan-sukarelawan kerana selamat pulang ke tanah air khususnya yang pernah berkhidmat di luar negara.
Baru-baru ini, dengan tertubuhnya kelab Pusat Aktivi Yayasan Salam Malaysia pada tarikh 7 Februari 2009 di Kuching serba sedikit dapat membantu dan melicinkankan kerja-kerja sukarela di Sarawak. Ahli Jawatan Kuasanya terdiri daripada sukarelawan sepenuh masa dan juga separuh masa.
Walaubagaimanapun, tugas-tugas akan dikendalikan secara bersama dan tidak ada perubahan drastik yang dilakukan dan ia masih lagi di bawah naungan Yayasan Salam Malaysia.
Untuk keterangan yang lebih lanjut sila hubungi terus ke pejabat Yayasan Salam Malaysia di Biro Wanita KPSU atau boleh menghubungi ;
En. Hamzah Saufi(013-8202198)(sabarbyk2@yahoo.com)
CIk Aishah Mohamad dan Cik Zakiah Ahmat(082-445116)