Tuesday, September 29, 2009

Projek Ole-Ole Salam (Sarawak)

Aktiviti Bulan Romadhon 1430H@Bulan Puasa 2009
Rombongan sukarelawan ke destinasi-destinasi bagi penyerahan barangan ole-ole salam kepada penerima. Kami bersyukur kerana dapat memberi sedikit sumbangan kepada golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Nama-nama mereka pula kami perolehi daripada jabatan kebajikan Kuching yang juga memberi kerjasama yang amat baik dengan Yayasan Salam Malaysia(Sarawak).
Terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat untuk menjayakan projek ole-ole salam ini.Yang penting kita hanyalah manusia biasa dan adalah menjadi tanggung jawab kita bersama untuk membantu dan menghormati sesama insan di dunia.
Teruskan bersukarela dan tingkatkan semangat sukarela...


Friday, September 4, 2009

Penyerahan Barang Ole-Ole Salam Daripada Kolej Kesihatan Kuching

Alhamdulillah, inilah yang kami perolehi daripada sumbangan pelajar di kolej tersebut. Kami doakan semoga mereka dilimpahi rahmat dan dimurakan rezeki. Amin...Gambar di bawah adalah gambar penyerahan barang-barang Ole-Ole Salam daripada Timbalan Pengarah Kolej Kesihatan Iaitu Encik Raj sebagai tanda sokongan dan kerjasama mereka untuk menjayakan projek ini. Sebenarnya ada lagi penyumbang-penyumbang samada sendirian ataupun pihak lain yang menyerahkan kepada kami. Akan tetapi kami tetap doakan kepada mereka dan kami amat berterima kasih kerana sudi untuk membantu projek amal seperti ini. HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALAS JASA BAIK TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN...TQ








Projek Ole-Ole Salam (Sarawak)

Projek Ole-Ole Salam adalah kesinambungan dari Projek Mangsa Tsunami Acheh pada tahun 2005 yang lalu. Hasil dari kejayaan tersebut, SUKARELAWAN SALAM DI KUCHING meneruskan usaha membantu masyarakat tempatan yang ditimpa bencana alam seperti banjir dan kebakaran.

Wednesday, September 2, 2009

Bubur Lambuk Di Perkampungan Jabatan Bomba Matang

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muaakat. Begitulah pula hasil nya selang sehari aktiviti membuat bubur lambuk di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak(PAKK) Petra Jaya, Alhamdulillah sekali lagi aktiviti yang sama telah dilakukan iaitu pada hari ahad 30 Ogos 2009 @ 9 Ramadhan 1430. Kali ini di Perkampungan Jabatan Bomba Matang pula menjadi tempat untuk menjayakan aktiviti gotong royong membuat bubur lambuk dan berbuka puasa bersama-sama. Apa yang dilihat adalah sama seperti yang berlaku di PAKK. Aktiviti ini dibuat dengan sederhana sahaja, walaubagaimanapun kerjasama dan semangat sukarela untuk membantu antara satu sama lain adalah yang paling berharga dan boleh diamalkan oleh kita semua. Apa yang penting??? Melalui kerja sukarela kita boleh membentuk ukhwah dan menggalakkan lagi masyarakat kita yang pelbagai bangsa untuk bersama-sama menjaga kemakmuran tinggal di negara MALAYSIA yang tercinta. Bak kata lagu Nasyid Raihan "BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH". SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52.










SALAM 1 MALAYSIA

Bubur Lambuk Di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Petra Jaya

Alhamdulillah, aktiviti membuat bubur lambuk berjalan dengan lancar pada sabtu/29 Ogos 2009/8 Ramadhan 1430. Apa yang dilihat adalah selain menjalin perhubungan, SUKARELAWAN SALAM juga dapat bekerjasama dan beramah mesra terutamanya dengan adik-adik dan abang kakak di sepanjang aktiviti itu dijalankan. Apa yang penting??? Melalui kerja sukarela kita boleh membentuk ukhwah dan menggalakkan lagi masyarakat kita yang pelbagai bangsa untuk bersama-sama menjaga keamanan di negara yang tercinta. Bak kata lagu orang ninggal Michael Jackson@Mikael Jackson," We Stand Toghether As ONE"-we are the world.