Wednesday, September 2, 2009

Bubur Lambuk Di Perkampungan Jabatan Bomba Matang

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muaakat. Begitulah pula hasil nya selang sehari aktiviti membuat bubur lambuk di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak(PAKK) Petra Jaya, Alhamdulillah sekali lagi aktiviti yang sama telah dilakukan iaitu pada hari ahad 30 Ogos 2009 @ 9 Ramadhan 1430. Kali ini di Perkampungan Jabatan Bomba Matang pula menjadi tempat untuk menjayakan aktiviti gotong royong membuat bubur lambuk dan berbuka puasa bersama-sama. Apa yang dilihat adalah sama seperti yang berlaku di PAKK. Aktiviti ini dibuat dengan sederhana sahaja, walaubagaimanapun kerjasama dan semangat sukarela untuk membantu antara satu sama lain adalah yang paling berharga dan boleh diamalkan oleh kita semua. Apa yang penting??? Melalui kerja sukarela kita boleh membentuk ukhwah dan menggalakkan lagi masyarakat kita yang pelbagai bangsa untuk bersama-sama menjaga kemakmuran tinggal di negara MALAYSIA yang tercinta. Bak kata lagu Nasyid Raihan "BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH". SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52.










SALAM 1 MALAYSIA