Wednesday, September 2, 2009

Bubur Lambuk Di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Petra Jaya

Alhamdulillah, aktiviti membuat bubur lambuk berjalan dengan lancar pada sabtu/29 Ogos 2009/8 Ramadhan 1430. Apa yang dilihat adalah selain menjalin perhubungan, SUKARELAWAN SALAM juga dapat bekerjasama dan beramah mesra terutamanya dengan adik-adik dan abang kakak di sepanjang aktiviti itu dijalankan. Apa yang penting??? Melalui kerja sukarela kita boleh membentuk ukhwah dan menggalakkan lagi masyarakat kita yang pelbagai bangsa untuk bersama-sama menjaga keamanan di negara yang tercinta. Bak kata lagu orang ninggal Michael Jackson@Mikael Jackson," We Stand Toghether As ONE"-we are the world.