Tuesday, September 29, 2009

Projek Ole-Ole Salam (Sarawak)

Aktiviti Bulan Romadhon 1430H@Bulan Puasa 2009
Rombongan sukarelawan ke destinasi-destinasi bagi penyerahan barangan ole-ole salam kepada penerima. Kami bersyukur kerana dapat memberi sedikit sumbangan kepada golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Nama-nama mereka pula kami perolehi daripada jabatan kebajikan Kuching yang juga memberi kerjasama yang amat baik dengan Yayasan Salam Malaysia(Sarawak).
Terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat untuk menjayakan projek ole-ole salam ini.Yang penting kita hanyalah manusia biasa dan adalah menjadi tanggung jawab kita bersama untuk membantu dan menghormati sesama insan di dunia.
Teruskan bersukarela dan tingkatkan semangat sukarela...