Tuesday, October 13, 2009

Sukarela Membantu Keluarga Mangsa Kebakaran Di Kampung Tupong, Petra Jaya Kuching

Salam kawan-kawan, inilah gambar sehari selepas kebakaran yang berlaku awal bulan Oktober 2009 di kampung Tupong, Petra Jaya. Manakala kerja sukarela telah pun diusahakan pada 11 Oktober 2009(ahad) oleh sukarelawan-sukarelawan untuk kerja membersih dan membawa keluar barangan seperti kerusi, meja, almari, peti sejuk, pakaian, katil dan sebagainya. Kerja sukarela ini amat bermakna kepada mereka disamping dapat memberi kesedaran dan menggalakkan sikap tolong menolong di kalangan masyarakat tanpa memandang warna kulit dan sebagainya...alhamdulillah