Friday, November 27, 2009

JUALAN AMAL, FACE PAINTING DAN KEMBARA SALAM

Pada tarikh 22 November 2009@ahad, beberapa sukarelawan telah datang ke kampung Buntal untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada penduduk mahupun untuk mereka sendiri. Selain dari itu, sukarelawan juga berpeluang untuk menjadi usahawan disamping dapat memberi manfaat kepada sesiapa. Aktiviti seperti ini dapat dijadikan amalan yang baik untuk mengisi masa lapang yang penuh bermakna dan dapat menambah serta mencambah pengetahuan mereka. Teruskan bersukarela..."berbuat baik akan dibalas baik". TQ...

Friday, November 13, 2009

Kembara Di Hutan Sempena Hari Perasmian Pusat ICT Bogag, Bau

TAHNIAH kepada Yayasan Salam Malaysia dengan kerjasama CIMB-Communty Link kerana telah melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pembangunan masyarakat dalam bidang ICT seiring dengan hasrat negara ke arah dunia berteknologi seperti BIDANG ICT. Sempena hari perasmian Pusat ICT Bogag di Bau ini, sukarelawan Yayasan Salam (Sarawak) telah menjalankan aktiviti mereka bersama pelajar di Pusat ICT ini yang diadakan 5-8 November 2009. Aktiviti yang telah dijalankan seperti membina khemah mini, "jungle Tracking", berakit, membaca kompas, persiapan banjir, gotong-royong mengecat, membina papan tanda, dan lain-lain lagi adalah untuk memeriahkan lagi suasana disamping memberi pendedahan kepada pelajar serta masyarakat terhadap dunia sukarela yang boleh memberi kesedaran dan juga bimbingan motivasi terhadap para peserta. Kehadiran penduduk kampung yang memberi bantuan serta kerjasama sangatlah dihargai, sikap toleransi ini juga boleh membakar semangat kepada sukarelawan untuk berkhidmat kepada sesiapa jua...TERIMA KASIH SEMUA











Wednesday, November 11, 2009

Khemah Kerja Sukarela, Bukit Mat Daling, Pahang

Program ini sangat bermakna dan dapat mengeratkan lagi jurang perbezaan penduduk bandar/luar bandar serta semenanjung dan juga Sarawak. Selama seminggu berkampung di Bukit Mat Daling melalui Program Anak Angkat telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada sukarelawan dan juga penduduk di sini kerana pelbagai aktiviti, pengalaman, kenangan dan hubungan mesra yang berputik justeru mewujudkan semangat kekitaan serta membentuk satu talian silaturrahim kepada mereka.