Friday, November 13, 2009

Kembara Di Hutan Sempena Hari Perasmian Pusat ICT Bogag, Bau

TAHNIAH kepada Yayasan Salam Malaysia dengan kerjasama CIMB-Communty Link kerana telah melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pembangunan masyarakat dalam bidang ICT seiring dengan hasrat negara ke arah dunia berteknologi seperti BIDANG ICT. Sempena hari perasmian Pusat ICT Bogag di Bau ini, sukarelawan Yayasan Salam (Sarawak) telah menjalankan aktiviti mereka bersama pelajar di Pusat ICT ini yang diadakan 5-8 November 2009. Aktiviti yang telah dijalankan seperti membina khemah mini, "jungle Tracking", berakit, membaca kompas, persiapan banjir, gotong-royong mengecat, membina papan tanda, dan lain-lain lagi adalah untuk memeriahkan lagi suasana disamping memberi pendedahan kepada pelajar serta masyarakat terhadap dunia sukarela yang boleh memberi kesedaran dan juga bimbingan motivasi terhadap para peserta. Kehadiran penduduk kampung yang memberi bantuan serta kerjasama sangatlah dihargai, sikap toleransi ini juga boleh membakar semangat kepada sukarelawan untuk berkhidmat kepada sesiapa jua...TERIMA KASIH SEMUA