Wednesday, November 11, 2009

Khemah Kerja Sukarela, Bukit Mat Daling, Pahang

Program ini sangat bermakna dan dapat mengeratkan lagi jurang perbezaan penduduk bandar/luar bandar serta semenanjung dan juga Sarawak. Selama seminggu berkampung di Bukit Mat Daling melalui Program Anak Angkat telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada sukarelawan dan juga penduduk di sini kerana pelbagai aktiviti, pengalaman, kenangan dan hubungan mesra yang berputik justeru mewujudkan semangat kekitaan serta membentuk satu talian silaturrahim kepada mereka.