Wednesday, December 30, 2009

SALAM AWAY DAY 2009

"SALAM AWAY DAY 2009" diadakan di kampung Pasir Pandak pada 25 sehingga 27 Disember 2009 iaitu selama 3 hari 2 malam. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah seperti pembahagian SIG(special interest group) dan selebihnya ialah jati diri sukarelawan untuk meningkatkan semangat kerjasama dalam kumpulan, ketabahan diri dalam apa jua rintangan, membantu manusia dalam keadaan susah, membantu memelihara alam sekitar dan sebagainya. Dengan terbahaginya SIG kepada 3 bahagian iaitu SIG Alam Sekitar, SIG Kesihatan dan SIG Teknologi, maka sedikit sebanyak memudahkan sukarelawan dalam menjalankan aktiviti mereka melalui minat ataupun bidang yang mereka ceburi dengan lebih berkesan terutamanya menjelang tahun 2010. Maka pelbagai program telah pun diutarakan sebagai persiapan tahun 2010 hasil daripada pemikir-pemikir yang mempunyai pelbagai lapisan umur dan latar belakang. selain dari itu, sukarelawan juga dapat membuktikan bahawa mereka mampu bergerak lebih jauh disamping dapat dijadikan contoh kepada orang lain terutamanya dalam dunia kesukarelaan. Tahniah SUKARELAWAN.









Tuesday, December 22, 2009

SALAM KEMBARA ROBAN 2009

Salah satu aktiviti semasa cuti sekolah iaitu "Salam Kembara Roban" yang bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap alam sekitar dan menyemai sikap sukarela demi membantu persekitaran juga terhadap masyarakat. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti menguji minda dalam bentuk perbincangan, ketabahan semasa berada di hutan, soalan matematik, semangat patriotik, semangat perpaduan, nilai 1 malaysia dan yang paling utamanya ialah mengenai segala bentuk pencemaran. Peserta dilatih untuk menangani masalah global iaitu pencemaran alam sekitar yang dikendalikan oleh tenaga sukarelawan daripada Yayasan Salam Malaysia dan kelab Radio Amatur Sarawak. Program ini mendapat kerjasama daripada pihak JKKK kampung Melayu Roban dan Jabatan Penerangan Bahagian Saratok. Dengan adanya kerjasama di pelbagai pihak seperti ini adalah perlu diteruskan untuk bersama-sama hidup di negara Malaysia yang tercinta.."SALAM 1 MALAYSIA, SELAMAT BERSUKARELA".