Tuesday, December 8, 2009

"TOT" Salam Survival Life Survival Skills

"TOT" ini diadakan pada 5 Disember 2009 atau hari sabtu sempena hari sukarelawan sedunia yang berlandaskan kemahiran ikhtiar hidup dan ketabahan seseorang individu bagi persiapan segala perkara bagi sukarelawan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk persiapan dan persediaan untuk sukarelawan bagi program "SALAM BERAMBEH KE ROBAN" pada 18-20 Disember nanti. Untuk memantapkan lagi keupayaan sukarelawan, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti TANGGUNGJAWAB TERHADAP ALAM SEKITAR, MENYELAMAT MANGSA, MASAK DALAM KEADAAN DARURAT serta boleh membentuk jati diri positif kepada peserta. Selain itu kerjasama sangat ditekankan dalam "tot" ini. Apa yang menarik dalam "ToT" ini, sukarelawan yang hadir terdiri daripada pelbagai lapisan umur justeru menandakan bahawa pekanya masyarakat kita untuk hidup saling membantu sesama manusia termasuklah kesedaran terhadap alam sekitar. Kerjasama diantara peserta pada waktu itu amat mengkagumkan dan semoga persepaduan akan berkekalan selama-lamanya..TAHNIAH di atas penglibatan anda. SELAMAT HARI SUKARELAWAN SEDUNIA. TQ