Saturday, January 2, 2010

Salam New Year 2010

Salam New Year ini diadakan di PDK Petra Jaya dan pesertanya pula terdiri daripada ahli keluarga PDK, pelajar Pusat ICT Salam Semariang Batu, dan Sukarelawan Salam sendiri. Aktiviti yang dijalankan pada masa itu adalah seperti Projek Bumi Hijau, Gotong-royong kebersihan setempat, Taklimat/demontrasi H1N1, solat berjemaah/tazkirah dan BBQ. Yang menarik kali ini ialah sukarelawan dapat bergabung tenaga juga boleh bersama pelajar dari PDK dan juga pelajar ICT Salam dalam menjalankan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Selain dari itu fokus utama untuk kali ini ialah menjurus kepada Alam Sekitar dan warga OKU. Dengan aktiviti seperti mudah-mudahan usaha sukarelawan kali ini akan menjadi contoh teladan kepada masyarakat lain dalam dunia sukarelawan..Let's Go Green!!!