Tuesday, February 9, 2010

Bengkel Sukarelawan Alam Sekitar IPTA Kenyalang 2010














Salam sejahtera kepada semua warga Malaysia. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada 120 pelajar IPTA Kenyalang(UITM/UNIMAS/POLITEKNIK/KOLEJ KOMUNITI) kerana telah mengikuti Bengkel Sukarelawan Alam Sekitar IPTA Kenyalang di UNIMAS pada 5-7 februari 2010. Bengkel ini telah dianjurkan oleh MASKUM(Majlis-Majlis Kesukarelawan Universiti-Universiti Malaysia) dan terima kasih kepada pihak HEP UNIMAS kerna telah bertungkus lumus untuk menjayakan bengkel ini. Ia bertujuan untuk meningkatkan daya pemikiran, jati diri dan kesedaran pelajar sebagai sukarelawan Alam Sekitar. Disamping itu juga, bengkel ini menerapkan nilai-nilai murni dan pendedahan kepada pelajar dalam dunia kesukarelaan. Pelbagai aktiviti yang telah mereka lalui sedikit sebanyak memberi impak yang positif dan bermakna buat mereka untuk merealisasikan semasa bersama pelajar tadika Unimas beserta ibubapa mereka dan semasa berada di lokasi pilihan iaitu di Kampung Tambirat. Selain dari itu, pelajar-pelajar juga didedahkan kepada masyarakat atau bersama penduduk kampung menjalankan pelbagai aktiviti berkenaan alam sekitar seperti gotong-royong, kreativiti daripada bahan terbuang, cerita kepada adik-adik, kerjasama, menjalin hubungan tanpa mengira bangsa dan sebagainya. Usaha atau program seperti ini amatlah bermakna dan perlu ditingkatkan sama ada kepada pelajar serta orang ramai. Ini adalah kerana keadaan alam sekitar yang tidak terkawal seperti pencemaran sungai, udara, pemanasan global dan seumpamanya. Tahniah dan terima kasih kepada pelajar yang mengikuti bengkel ini, Semoga apa yang dipelajari akan dipraktikkan di mana-mana sahaja. Selamat Bersukarela..